Bagaimana Mencuba Rekabentuk Web YouTube Yang Baru?

Bagaimana Mencuba Rekabentuk Web YouTube Yang Baru?

Diterbitkan pada July 28, 2012 oleh .

Google seperti semua sedia maklum, sentiasa mencuba pelbagai perkara baru pada produk-produk mereka, dan kini dilihat Google sedang mencuba rekabentuk antaramuka web YouTube yang baru, kelihatan lebih menarik daripada sedia ada.


Daripada rekabentuk baru ini, YouTube menekankan kepada konsep carousel, dimana ia disusun dengan menarik dalam bentuk kotak-kotak kecil.

Namun, daripada apa yang kami uji, ia hanya boleh digunakan sekiranya anda tidak log masuk ke dalam web YouTube sahaja, dan apabila anda log masuk, ia kembali seperti sedia kala.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh melakukannya dengan mudah, dimana hanya perlu membuka laman YouTube.com. Kemudiannya, buka panel khas pada pelayar web anda dengan menekan:

  • Pada Chrome, tekan Shift + Ctrl + J
  • Pada Firefox, tekan Ctrl + Shift + K
  • Pada Opera, tekan Ctrl + Shift + I, dan pilih Console

Seterusnya masukkan kod berikut dan tekan butang Enter.
document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=eKxEWQ3xcc8; path=/; domain=.youtube.com";window.location.reload();

Laman YouTube.com akan di refresh secara automatik, dan anda akan dapat melihat rekabentuk yang baru ini.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan dengan rekabentuk baru ini?


TIPS & ULASAN