Cari @ Amanz

Seperti biasa, replika peranti yang dikatakan sebagai iPhone 5 kini kelihatan di arena web, yang mana boleh dikatakan dibangunkan mengikut pelbagai ura-ura yang kedengaran akhir-akhir ini di arena web.

Gambar yang dikatakan sebagai iPhone 5 ini diperlihatkan oleh pengeluar sarung dan kerangka luar iPhone 5. Beberapa laporan turut mengatakan ia mungkin adalah sampel pengeluaran awal.

Beberapa laporan sebelum ini mengatakan Foxconn telah pun dalam proses mengeluarkan iPhone 5, apatah lagi beberapa ura-ura mengatakan Apple mungkin akan memperkenalkannya seawal bulan September ini, sebelum mula dijual pada bulan Oktober.

Daripada ura-ura awal yang kedengaran, ia diperkatakan iPhone baru kelak akan membawakan beberapa ciri-ciri semasa, termasuk sokongan NFC, serta peranti yang lebih panjang berbanding sebelumnya. Ia turut dikatakan iPhone generasi baru tersebut kelak akan membawakan dock yang lebih kecil daripada sedia ada, selain headphone jack yang diposisikan pada bahagian bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd