Cari @ Amanz

Walaupun boleh dikatakan masih kurang popular di Malaysia, namun laman sosial Google+ nampaknya terus meningkat dengan positif dari hari ke hari. Mengikut laporan terbaru yang dikeluarkan, ia memperlihatkan trafik pengunjung laman tersebut meningkat 66% dalam 9 bulan kebelakangan ini.

Google sendiri memberikan fokus lebih kepada produk Google+, dimana selain daripada versi web yang menerima kemaskini dari hari ke hari, Google turut memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk tablet, iPhone dan juga Android yang direkabentuk dengan cantik.

Mengikut pengumuma Google pada acara I/O yang lepas, mereka mempunyai lebih daripada 250 juta pengguna berdaftar, dengan seramai 150 juta pengguna aktif bulanan pada platform mereka itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd