Windows Phone 8 Disahkan Membawakan Sokongan Merakamkan Paparan Skrin

Windows Phone 8 Disahkan Membawakan Sokongan Merakamkan Paparan Skrin

Diterbitkan pada July 28, 2012 oleh .

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini ia disahkan yang mana Windows Phone 8 bakal menyertakan sokongan rakaman paparan skrin terbina padanya. Untuk menggunakannya para pengguna hanya perlu menekan butang kamera dan juga butang Home pada peranti mereka.

Fungsi merakamkan skrin walaupun bukanlah suatu yang besar, namun ia turut sama memberikan impak kepada para pengguna pada era media sosial kini. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna berkongsi mengenai aplikasi kegemaran mahupun beberapa perkara lain mengenai Windows Phone dengan mudah, sama ada menggunakan laman sosial, ataupun blog dan forum.

Ia tidak diketahui lagi fungsi ini akan diperkenalkan untuk para pengguna sedia ada melalui Windows Phone 7.8 ataupun tidak buat masa ini.


TIPS & ULASAN