Apple Berminat Untuk Melabur Pada Twitter?

Apple Berminat Untuk Melabur Pada Twitter?

Diterbitkan pada July 28, 2012 oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan sistem operasi dan platform yang dibangunkan oleh Apple, semestinya sedia maklum akan integrasi Twitter dalam iOS dan yang terkini pada OS X Mountain Lion. Lanjutan daripada itu, kini ia dilaporkan Apple berminat untuk melabur pada Twitter.

Ia dikatakan Apple sanggup melabur ratusan juta pada Twitter, sekaligus memberikan nilai Twitter melebihi $10 billion.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan perbincangan masih belum aktif buat masa ini. Namun sekiranya ini benar, mungkin ia salah satu cara untuk Apple bukan sahaja memiliki pegangan dalam produk berasaskan laman sosial, tetapi juga dalam media baru internet yang semakin mendapat perhatian dari hari ke hari.

Kedua-dua pihak masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi buat masa ini.


TIPS & ULASAN