Bagaimana Mengubah Windows 8 Anda Menyerupai Mountain Lion?

Bagaimana Mengubah Windows 8 Anda Menyerupai Mountain Lion?

Diterbitkan pada July 28, 2012 oleh .

Walaupun Windows 8 sedia membawa rekabentuk antaramuka yang menarik, setiap pengguna mempunyai citarasa yang berbeza dan mungkin ingin menggunakan antaramuka menyerupai Mountain Lion pada Windows 8 Consumer Preview anda.

Perkara ini boleh dijayakan dengan mudah menggunakan Mountain Lion Skin Pack untuk Windows 8 Consumer Preview yang disediakan secara percuma dalam bentuk X64 dan juga X86 (bergantung kepada jenis komputer dan pemasangan anda). Beberapa aplikasi sedia didatangkan bersama dengannya untuk memudahkan anda mengubah Windows 8 Consumer Preview menyerupai Mountain Lion, termasuk aplikasi seperti Start8 dan juga RocketDock.

Walaubagaimanapun, anda masih tidak dapat mengubahnya sepenuhnya kepada Mountain Lion, memandangkan terdapat beberapa ciri-ciri eksklusif dan integrasi mendalam pada Mountain Lion.

Seperti biasa, sekiranya anda berminat boleh memuat-turun Mountain Lion Skin Pack hari ini dan menggunakannya. Ketika pemasangan, pastikan anda memberikan perhatian sepenuhnya, dan tidak memilih pemasangan Babylon, yang mana merupakan aplikasi tambahan yang tidak digunakan disertakan bersama dengannya. Untuk membuang Mountain Lion Skin Pack ini, para pengguna hanya perlu memilih uninstall daripada Control Panel, dan kembali kepada rekabentuk seperti biasa.


TIPS & ULASAN