CyanogenMod 10 Preview Diperkenalkan Kepada Beberapa Peranti Android

CyanogenMod 10 Preview Diperkenalkan Kepada Beberapa Peranti Android

Diterbitkan pada July 28, 2012 oleh .

Bagi anda yang mengikuti Droid.my, mungkin sedia maklum akan yang mana pembangun bebas telah pun mula mengeluarkan CyanogenMod 10 Preview kepada beberapa peranti, sekaligus membolehkan mereka mencuba sendiri versi pembangunannya sebelum versi akhir dikeluarkan.

Untuk makluman, CyanogenMod 10 dibangunkan berasaskan kepada Android 4.1 Jelly Bean, sekaligus membolehkan para pengguna mencuba pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya, jauh sebelum pengeluar peranti memperkenalkan kemaskini rasmi. Malah menariknya, beberapa peranti tidak disokong lagi oleh pengeluar peranti tersebut, tetapi masih menerima sokongan daripada para pembangun bebas untuknya.

Berikut merupakan beberapa peranti yang telah sedia menerima sokongan CyanogenMod 10 Preview, membolehkan anda menguji Jelly Bean pada peranti anda. Namun, untuk makluman, beberapa fungsi masih tidak dapat digunakan sepenuhnya, memandangkan ia masih dilabelkan sebagai versi pembangunan buat masa ini.

Beberapa peranti lain yang tidak disenaraikan turut sama telah menerima sokongan CyanogenMod 10 Preview. Mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat versi akhirnya dilancarkan, sekaligus membolehkan lebih banyak peranti menikmati sokongan Jelly Bean padanya.


TIPS & ULASAN