Lebih 2 Juta Muat-Turun OS X Mountain Lion Dalam Tempoh Kurang 48 Jam

Lebih 2 Juta Muat-Turun OS X Mountain Lion Dalam Tempoh Kurang 48 Jam

Diterbitkan pada July 29, 2012 oleh .

Mungkin ramai pengguna OS X telah pun sedia mengemaskini sistem operasi mereka kepada Mountain Lion, dimana mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Chitika, sebanyak lebih 2 juta muat-turun telah dilakukan dalam tempoh kurang 48 jam sejak ia dilancarkan kepada umum melalui Mac App Store.

Walaubagaimanapun, memandangkan ianya adalah statistik daripada pihak ketiga, dan bukannya daripada Apple sendiri, maka ia mungkin kurang tepat, dan angka sebenar mungkin berbeza sedikit.

Melalui Mountain Lion, Apple memperkenalkan kemaskini pada harga $19.99 dengan menawarkan beberapa fungsi baru padanya, termasuk integrasi Twitter, sokongan notifikasi, serta integrasi mendalam bersama iCloud dan fungsi-fungsi baru seperti Notes, Reminder dan beberapa yang lain lagi.

Walaubagaimanapun, daripada beberapa pengguna OS X tempatan yang kami kenali, mereka seperti masih tidak gemar untuk mengemaskini kepada Mountain Lion, memandangkan fungsi-fungsi yang diketengahkan tidak jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh Lion. Mungkin kerana fungsi yang ditengahkan tidak begitu memberikan kesan dalam penggunaan harian mereka, seperti untuk pengaturcaraan mahupun untuk kerja berkaitan grafik dan fotografi.

Bagi anda yang menggunakan OS X, apa kata anda mengenai kemaskini Mountain Lion? Adakah ianya sesuatu yang berbaloi ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN