Cari @ Amanz

Dengan kini hampir setiap hari bergantung kepada pelayar web, kadang-kala ramai yang tidak menggunakan halaman tab baru yang memperlihatkan beberapa laman yang sering dikunjungi. Dan untuk memberikan sesuatu nafas yang baru, mungkin kini anda boleh memperlihatkan masa dan juga cuaca terus pada halaman tab baru dengan mudah.

Extension khas untuk Chrome yang dinamakan sebagai Currently memudahkan perkara ini, membolehkan anda memaparkan masa, tarikh dan juga ramalan cuaca dengan mudah pada halaman tab baru Chrome. Menariknya, rekabentuk yang dipaparkan berbentuk minimalis juga menarik minat ramai pengguna.

Currently ini juga didatangkan dengan halaman tetapan untuknya yang tersendiri, membolehkan anda memilih pelbagai perkara, seperti penggunaan masa 12 jam atau 24 jam, penggunaan format cuaca (Celcius/Fahrenhiet), mengaktifkan animasi, dan beberapa perkara lain lagi.

Bagi anda yang berminat, dan ingin mencuba halaman tab baru yang berbeza, mungkin boleh memuat-turun Currently ini daripada Chrome Web Store hari ini, dan mencubanya sendiri pada pelayar web Chrome anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd