Cari @ Amanz

Selain daripada mengubah tema Windows 7 anda kepada Metro, anda juga kini boleh mencuba aplikasi Immersive Explorer, yang mana menawarkan sokongan seumpama Windows Explorer dalam rekabentuk antaramuka Metro.

Antaramuka Metro merupakan antaramuka yang digunakan oleh Microsoft pada Windows 8, yang mana mendapat pandangan berbeza daripada pengguna seluruh dunia, dimana ada yang menyukainya, dan ada juga yang tidak.

Sekiranya anda meminatinya, mungkin boleh mencuba terlebih dahulu Immersive Explorer, yang mana merupakan aplikasi ringkas, menawarkan fungsi melihat fail dan folder anda dalam bentuk Metro.

Buat masa ini, ia masih lagi beroperasi dan berfungsi secara berasingan, memandangkan ia lebih kepada suatu aplikasi konsep, membolehkan para pengguna menggunakannya tanpa perlu melalui pemasangan dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh mencubanya sendiri dengan memuat-turunnya dan menggunakannya pada Windows 7 anda. Cubanya hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd