Cari @ Amanz

Bagi artis dan pereka grafik, semestinya mengenali akan salah satu laman sosial yang memfokuskan kepada seni digital dan yang berkaitan dengannya, iaitu DeviantArt. Kini, dengan pengumuman badan berkenaan dalam memperkenalkan domain dengan akhiran pilihan, DeviantArt dilihat membida untuk domain .ART.

Memandangkan lebih daripada satu pihak memohon nama domain yang sama, DeviantArt memulakan kempen, dimana meminta bantuan para pengguna dan warga internet dalam menyokong mereka, supaya mereka mendapat hak untuk menggunakan nama domain dengan akhiran .ART.

Mereka kini dalam usaha mengumpul serba sebanyak komen dan pandangan yang boleh didapatkan sebelum 13 Ogos. Sehingga kini telah lebih daripada 11 ribu komen yang dihantar pengguna DeviantArt dan juga warga internet secara amnya.

Bagi mereka yang ingin melihat DeviantArt mendapat hak untuk akhiran tersebut, mungkin boleh kemukakan sokongan, apatah lagi siapa yang lebih sesuai untuk mengendalikan akhiran tersebut selain daripada laman sosial seni popular didunia – DeviantArt.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd