Gambar Yang Diperkatakan Sebagai Peranti iPhone Generasi Baru Diperlihatkan

Gambar Yang Diperkatakan Sebagai Peranti iPhone Generasi Baru Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 30, 2012 oleh .

Hari demi hari, lebih banyak laporan dan ura-ura baru mengenai iPhone generasi akan datang mula kedengaran. Terkini selepas pelbagai peralatan untuk iPhone kelihatan sebelum ini, gambar penuh yang dikatakan sebagai iPhone generasi baru turut diperlihatkan kepada umum.

Gambar ini dikeluarkan oleh Lab Factory, yang mana merupakan salah satu kedai membaik-pulih, yang mendapat akses kepada pelbagai peralatan dan barangan untuk iPhone generasi akan datang.

Namun kesahihan perkara ini tidak diketahui lagi buat masa ini. Walaubagaimanapun, gambar iPhone 5 yang diperlihatkan ini menyerupai pelbagai ura-ura yang kedengaran sebelum ini, termasuk saiz yang sedikit besar, serta membawakan dock yang kecil dan headphone jack pada bahagian bawah.

Jadi apa kata anda?


TIPS & ULASAN