Twitter Menjana Lebih 9.6 Juta Tweet Pada Acara Pembukaan Olimpik

Twitter Menjana Lebih 9.6 Juta Tweet Pada Acara Pembukaan Olimpik

Diterbitkan pada July 30, 2012 oleh .

Acara pembukaan Sukan Olimpik boleh dikatakan salah satu acara yang mendapat perhatian ramai, termasuk arena dunia web. Selain daripada YouTube yang menyediakan saluran khas dengan sokongan siaran langsung, Twitter turut mendapat perhatian ramai, dimana para pengguna meluahkan perasaan dan berkongsi pelbagai perkara mengenai sukan Olimpik.

Twitter mengatakan pada acara pembukaan sukan Olimpik sahaja, lebih daripada 9.66 juta pengguna telah bercakap mengenai acara pembukaan. Beberapa tweet daripada pelbagai tokoh turut menjana lebih daripada 10,000 retweet untuknya.

Di Malaysia sendiri, acara tersebut mendapat perhatian ramai, bukan sahaja di Twitter, tetapi turut dikongsikan pelbagai gambar acara pembukaan di Facebook dan juga blog.

Sukan Olimpik 2012 diadakan di London, akan berlangsung bermula daripada 27 Julai sehingga 12 Ogos kelak, yang menyaksikan 204 negara menyertainya dengan lebih daripada 10,500 orang olahragawan dan atlet menyertainya.


TIPS & ULASAN