Facebook Messenger Kini Turut Disokong Pada Windows XP Dan Vista

Diterbitkan pada July 30, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah memperkenalkan Facebook Messenger hanya untuk platform Windows 7 sebelum ini, nampaknya kini pihak pembangun Facebook terus memperluaskan sokongan desktop untuk aplikasi tersebut, dimana terkini ia turut sama menyokong Windows XP dan juga Vista.

Dengan menggunakan aplikasi tersebut, ia membolehkan para pengguna mengakses sokongan permesejan daripada Facebook terus pada desktop anda, dan menggunakannya dengan lebih pantas, tanpa perlu ke web Facebook.com seperti biasa.

Selain daripada Message, ia juga turut sama menyediakan notifikasi untuk komen baru, tag gambar, dan pelbagai perkara lain, sekaligus memudahkan anda mengikuti perkembangan di Facebook terus daripada desktop anda.

Sekiranya anda merupakan pengguna Windows XP, Vista mahupun Windows 7, anda boleh memuat-turun Messenger untuk Windows, dan menggunakannya pada desktop anda hari ini

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami