Cari @ Amanz

Selepas beberapa gambar yang diperkatakan sebagai iPhone generasi baru diperlihatkan semalam, kini mengikut laporan daripada iMore, mereka mendengar Apple bakal melancarkan dan mengumumkan iPhone generasi baru mereka pada 12 September akan datang ini.

Ia juga dikatakan Apple bakal mula menjual peranti tersebut seminggu lebih lepas pengumuman, iaitu pada 21 September kelak.

Melalui ura-ura yang kedengaran sebelum ini, ia dilaporkan iPhone generasi baru kelak akan membawakan skrin yang lebih besar, disamping pin pada dock yang lebih kecil, serta membawakan sokongan NFC, dan menggunakan nano-SIM. Untuk iPad Mini pula, ia dilaporkan dengan populariti tablet bersaiz 7-inci yang kian popular, Apple turut sama akan memperkenalkan tablet dengan saiz serupa untuk para pengguna.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd