Selain daripada telefon pintar BlackBerry 10, salah satu peranti yang turut sama dibangunkan oleh pihak Research In Motion adalah kemaskini kepada tablet mereka. Terkini, beberapa gambar BlackBerry PlayBook bersaiz 10-inci diperlihatkan, menandakan ia akan dilancarkan bersama-sama dengan telefon pintar mereka.
Gambar BlackBerry PlayBook bersaiz 10-inci ini dikongsikan oleh Tinhte, dimana dikatakan membawakan bersama bateri 7250 mAh, bersama-sama sokongan rangkaian 4G dan slot SIM, berbeza dengan PlayBook sedia ada di pasarang.
Mengikut ura-ura awal, ia dilaporkan RIM bakal melancarkan PlayBook 4G bersaiz 7-inci dalam beberapa bulan lagi, disamping tablet bersaiz 10-inci ini yang akan menyusul pada suku tahun pertama 2013 kelak.