Aplikasi Rasmi 9GAG Dilancarkan Untuk Pengguna iPhone

Aplikasi Rasmi 9GAG Dilancarkan Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada July 30, 2012 oleh .

Laman web perkongsian pelbagai gambar berbentuk jenaka terkemuka, 9GAG terus memperluaskan tawaran mereka, dimana kini telah melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna iPhone, sekaligus memudahkan pengguna mengikuti kemaskini pada laman tersebut.

9Gag untuk iPhone ini juga didatangkan dengan sokongan paparan luar-talian (offline), sekaligus membolehkan anda melayari gambar-gambar yang dikongsikan dengan mudah. Sokongan perkongsian sosial seperti penghantaran ke Facebook, Twitter, emel dan sebagainya turut disertakan.

9GAG telah dimulakan sekitar 2008, dimana laman tersebut kini mempunyai lebih daripada 70 juta pengunjung unik. yang melihat lebih daripada 1 billion paparan laman setiap bulan. Mungkin lebih banyak perkara baru akan dibawa oleh mereka dalam masa terdekat ini.

Bagi anda yang berminat dan ingin memuat-turun aplikasi rasmi 9GAG untuk iPhone, boleh ke AppStore sekarang, dan mendapatkannya secara percuma.


TIPS & ULASAN