OS X Mountain Lion Dimuat-Turun Lebih 3 Juta Kali Dalam Tempoh 4 Hari Pertama

OS X Mountain Lion Dimuat-Turun Lebih 3 Juta Kali Dalam Tempoh 4 Hari Pertama

Diterbitkan pada July 30, 2012 oleh .

Selepas laporan pihak ketiga mengatakan Mountain Lion dimuat-turun lebih daripada 2 juta kali dalam tempoh kurang 48 jam, kini Apple sendiri telah mengeluarkan statistik rasmi mereka. Daripada kelihatan, Mountain Lion dimuat-turun lebih 3 juta kali dalam empat hari pertama ia dilancarkan.

Perkara ini sekaligus menjadikan Mountain Lion sebagai versi OS X yang popular dalam sejarah Apple buat masa ini.

Sebelum ini, Apple telah pun melancarkan OS X 10.8 Mountain Lion pada hari Rabu yang lepas, ditawarkan terus melalui Mac App Store pada harga $19.99. Bersama-sama dengannya ia menyertakan beberapa perkara baru, termasuk integrasi yang lebih mendalam bersama iCloud, dan beberapa aplikasi daripada iOS padanya. Ikuti ulasan penuh Mountain Lion yang telah diterbitkan pada Amanz untuk mendapat idea penuh berkaitan Mountain Lion ini.


TIPS & ULASAN