Iklan Video Terbaru Daripada HP Memperlihatkan Tablet Mereka

Iklan Video Terbaru Daripada HP Memperlihatkan Tablet Mereka

Diterbitkan pada July 31, 2012 oleh .

Dengan Windows 8 yang bakal menjelang tiba pada 26 Oktober kelak, semestinya kita akan dapat melihat pelbagai tablet dan komputer baru diumumkan bersama-sama dengannya. Salah satu pengeluar yang turut sama telah mengesahkan tablet Windows 8 akan dilancarkan adalah HP, yang popular dengan TouchPad sebelum ini.

Dan menariknya, melalui sebuah iklan ringkas, HP turut sama memperlihatkan sebuah tablet, dikatakan ramai berkemungkinan besar adalah tablet Windows 8 daripada mereka.

Daripada apa yang diperlihatkan, rekabentuk belakang tablet tersebut serba sebanyak menghampiri rekabentuk iPad pada masa sekarang ini.

Kemungkinan ia hanya sekadar prototaip untuk iklan sahaja, dan mungkin tidak akan dipasarkan juga adalah agak tinggi. Namun, dengan HP yang telah mula memperlihatkan tablet pada iklan mereka, mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenainya menjelang pelancaran Windows 8 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN