Prototaip Awal Daripada Apple Mengatakan Mereka Tidak Mengambil Idea Dari Sony

Prototaip Awal Daripada Apple Mengatakan Mereka Tidak Mengambil Idea Dari Sony

Diterbitkan pada July 31, 2012 oleh .

Lanjutan daripada Samsung mengatakan iPhone mengambil idea rekabentuk iPhone daripada Sony, kini Apple mengeluarkan gambar prototaip awal iPhone pada tahun 2005, sekaligus menidakkan apa yang dikatakan Samsung itu.

Bersama-sama dengan dokumen yang dikongsikan oleh Apple, mereka mengatakan rekabentuk iPhone tidak mengambil sebarang idea daripada rekabentuk Sony, dan mereka terlebih dahulu telah pun membuat rekabentuk prototaip seumpamanya.

Selain daripada kes bersama Samsung di mahkamah, Apple juga bakal memperkenalkan peranti iPhone generasi baru mereka pada bulan September ini, selain Samsung yang bakal melancarkan Galaxy Note 2 mereka.


TIPS & ULASAN