Ramai Pengguna OS X Tidak Menyukai Iklan Video Terbaru Daripada Apple

Ramai Pengguna OS X Tidak Menyukai Iklan Video Terbaru Daripada Apple

Diterbitkan pada July 31, 2012 oleh .

Apple yang terkenal dengan pelbagai bentuk pemasaran menarik mereka, nampaknya kini memperlihatkan kesan sebaliknya satu demi satu. Terkini, iklan video mereka yang terbaru, dikritik ramai, sekaligus memperlihatkan pengguna OS X seperti tidak ketahui pelbagai perkara berkaitan sistem operasi yang digunakan mereka.

Iklan terbaru Apple ini memfokuskan kepada salah satu watak yang dinamakan Genius yang menyelesaikan pelbagai masalah kecil yang dihadapi oleh para pengguna Mac – yang mana lebih memperlihatkan kepada para pengguna Mac seperti tidak ketahui bagaimana melakukan beberapa perkara asas pada komputer mereka.

Iklan video terbaru ini turut dikritik sama oleh bekas eksekutif pemasaran yang pernah bekerja bersama iklan Apple selama 12 tahun. Perkara ini mungkin kerana iklan terbaru ini bukannya seperti memfokuskan Apple sedia membantu, tetapi lebih kepada memperlihatkan produk daripada Apple sukar digunakan, dan tidak mesra pengguna.

Jadi, adakah Apple tertekan dengan Windows 8 yang menjelang tiba, ataupun menghadapi tekanan daripada Samsung yang kini menaja Sukan Olimpik di London?


TIPS & ULASAN