Carian
Kini Anda Boleh Belajar Bahasa Pengaturcaraan Python Dengan Mudah
July 31, 2012 Aman

Bagi mereka yang berminat mempelajari bahasa pengaturcaraan terus melalui pelayar web, semestinya mengenali akan laman Codecademy. Selepas menawarkan sokongan pembelajaran JavaScript, kini mereka turut memperluaskan dengan membawakan sokongan pembelajaran Python padanya.

Buat masa ini, beberapa tutorial dan bahan pembelajaran untuk Python disediakan, dan akan ditambah secara berperingkat oleh pihak mereka tidak lama lagi.

Menurut pihak Codecademy, mereka menyediakan sokongan untuk Python terlebih dahulu, memandangkan ia merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang mendapat permintaan tinggi daripada ramai pengguna.

Bagi mereka yang ingin mempelajari Python hari ini, anda boleh ke laman rasmi Codecademy, dan memulakan pembelajaran anda serta-merta terus pada pelayar web anda.

Komen