1Tube.my Memperkenalkan Sokongan Mesra Peranti Mudah-Alih

1Tube.my Memperkenalkan Sokongan Mesra Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada July 31, 2012 oleh .

1Tube.my merupakan salah satu laman perkongsian video yang dibangunkan pembangun tempatan. Selepas memperkenalkan antaramuka baru beberapa bulan sebelum ini, kini mereka memperluaskan sokongan laman mereka kepada peranti mudah-alih.

Sekiranya anda melayari laman 1Tube.my hari ini menggunakan peranti mudah-alih, ia terus membawa kepada halaman yang dioptimasikan khas, sekaligus membolehkan anda memainkan video pada telefon pintar atau tablet dengan mudah.

Menariknya, sekiranya anda menggunakan Android, ia membolehkan anda memuat-turun video terus ke peranti anda, dan mengaksesnya pada kemudian masa dengan mudah.

Selain daripada itu, 1Tube.my turut sama menyertakan sokongan live streaming pada laman mereka, disamping menyertakan sokongan seumpama Google+ Hangout, yang dipanggil video conference. Lebih banyak fungsi dikatakan akan diperkenalkan oleh pembangunnya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN