Maxis Membawakan Kandungan Menarik Dalam Bentuk SMS Dan MMS Sepanjang Ramadhan

Maxis Membawakan Kandungan Menarik Dalam Bentuk SMS Dan MMS Sepanjang Ramadhan

Diterbitkan pada July 31, 2012 oleh .

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Maxis sekali lagi kembali menawarkan kandungan menarik kepada para pengguna mereka, secara percuma dan berbayar, melalui promosi mereka, dinamakan sebagai Maxis Ikhlas.

Maxis Ikhlas ini menyediakan pelbagai jenis kandungan, dimana selain daripada Santapan Rohani, Gaya Hidup dan Kandungan Haji, ia juga turut menyediakan topik khas berkaitan Ramadhan untuk sepanjang bulan ini. Ia sekaligus membolehkan para pengguna Maxis menerima kandungan berbentuk SMS dan juga MMS sempena bulan Ramadhan ini untuk dijadikan panduan.

Selain daripada pelbagai jenis kandungan yang ditawarkan dalam bentuk berbayar, Maxis turut sama menyediakan notifikasi waktu imsak dan waktu berbuka dalam bentuk SMS secara percuma. Perkhidmatan ini disediakan mereka secara percuma sepanjang bulan Ramadhan ini.

Bagi para pengguna Maxis yang berminat, anda boleh melanggan kepada pelbagai jenis kandungan yang disediakan ini dengan mendail *222# daripada peranti mudah-alih anda hari ini.


TIPS & ULASAN