Carian
Google Memudahkan Perkongsian Dari Blogger Ke Google+
July 31, 2012 Aman

Selain daripada integrasi pada GMail, Google juga turut sama mengumumkan sokongan integrasi Google+ pada perkhidmatan blog popular mereka, Blogger hari ini. Integrasi pada Blogger lebih kepada memfokuskan penggunna untuk berkongsi kemaskini blog mereka kepada lain terus melalui Google+ Page atau profil anda di sana.

Bagi anda yang log masuk ke akaun Blogger hari ini, akan perasan akan sebuah tab baru, dinamakan sebagai Google+ pada bahagian kiri laman. Ia membolehkan anda menambah sokongan Google+ pada akaun Blogger anda, sekaligus menguruskan kedua-duanya dengan mudah.

Selain daripada memudahkan anda berkongsi artikel dan kemaskini terus ke akaun Google+, ia juga turut sama memudahkan para pembaca anda berkongsi kandungan kegemaran anda bersama yang lain pada Google+.

Mungkin lebih banyak integrasi akan diperkenalkan oleh Google untuk perkhidmatan sosial mereka ini dari semasa ke semasa. Sementara itu, bagi pengguna Blogger yang telah mencubanya, jangan lupa berkongsi pandangan anda berkaitan integrasi ini bersama kami.

Komen