McDonald’s Malaysia Bakal Memperkenalkan Sokongan Tempahan Melalui Web

McDonald’s Malaysia Bakal Memperkenalkan Sokongan Tempahan Melalui Web

Diterbitkan pada July 31, 2012 oleh .

Nampaknya industri tempahan makanan secara dalam-talian akan terus berkembang dari hari ke hari. Setelah FoodPanda Malaysia dilancarkan, kini McDonald’s yang terkenal dengan perkhidmatan McDelivery turut mengumumkan akan memperkenalkan sokongan tempahan secara online tidak lama lagi.

Sebelum ini, McDonald’s hanya menyediakan sokongan tempahan melalui telefon, yang mana kadang-kala mengambil masa yang lama untuk sesuatu panggilan dijawab dan sebagainya. Mungkin dengan ini, kita akan dapat melihat masalah tersebut diatasi, sekaligus membolehkan para pengguna membuat tempahan makanan terus daripada web dengan mudah.

Buat masa ini, bilakah perkhidmatan baru ini akan diperkenalkan, dan apakah kawasan-kawasan yang disokong masih belum diketahui lagi.

Tips awal daripada @RotiKaya.


TIPS & ULASAN