(Konsep) Apakah Google Glasses Akan Jadi Pada Masa akan Datang?

(Konsep) Apakah Google Glasses Akan Jadi Pada Masa akan Datang?

Diterbitkan pada July 31, 2012 oleh .

Projek Google Glass merupakan salah satu projek yang mendapat perhatian utama oleh pihak Google, membolehkan para pengguna mengakses dan mengawal pelbagai perkara dengan pandangan mata mereka. Dan kini, sebuah video konsep dengan tajuk Sight dibangunkan oleh beberapa pelajar sebagai projek mereka.

Daripada filem pendek yang dinamakan Sight, ia memperlihatkan bagaimanakah teknologi seumpamanya akan memberikan kelebihan, dan juga beberapa kesan negatif daripadanya kelak.

Selain daripada Google, beberapa syarikat lain turut sama dalam proses membangunkan peranti seumpamanya. Google sendiri mengatakan mereka mensasarkan untuk menjualnya secara komersial sekitar 2014 atau 2015 kelak, dan akan menjualnya kepada para pembangun pada tahun hadapan.

Dengan teknologi seumpamanya, apa kata anda? Adakah ia sesuatu yang baik ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN