Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Facebook yang masih tidak mengaktifkan rekabentuk Timeline untuk profil mereka, mungkin anda hanya boleh menggunakannya untuk beberapa mingu sahaja lagi, apabila kini Facebook mengesahkan mereka akan mengaktitfkan antaramuka Timeline untuk semua tidak lama lagi.

Rekabentuk Timeline telah diperkenalkan oleh Facebook pada penghujung tahun lepas. Namun, sehingga kini ia tidak diaktifkan secara paksaan, selain hanya untuk Facebook Pages sahaja.

Kebanyakkan pengguna masih selesa dengan rekabentuk lama, dan tidak menyukai rekabentuk Timeline. Namun, ia akan berubah tidak lama lagi, memandangkan beberapa fungsi baru pada Facebook memerlukan antaramuka Timeline diaktifkan sebelum dapat menggunakannya. Pada masa yang sama, pihak Facebook juga mengatakan mereka ingin menawarkan pengalaman penggunaan yang konsisten untuk pengguna mereka.

Bagi anda yang gunakan Facebook, apakah anda menyukai rekabentuk lama ataupun rekabentuk Timeline untuk profil anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd