Pasaran Tablet Di Malaysia : 62.8% iOS Dan 36.8% Android

Pasaran Tablet Di Malaysia : 62.8% iOS Dan 36.8% Android

Diterbitkan pada Ogos 1, 2012 oleh .

Tablet merupakan salah satu peranti yang semakin mendapat perhatian pengguna seluru dunia, malah ada beberapa pengguna yang kini lebih cenderung membeli tablet, mengantikan komputer riba. Di Malaysia sahaja, pasaran tablet dilihat dipegang oleh Apple melalui iPad, selain tablet berasaskan Android juga semakin bertambah penggunanya setiap hari.

Berbeza dengan kebanyakkan negara lain, di Malaysia, ia dilihat pengguna tablet yang menggunakan platform Android adalah agak tinggi, dan semakin bertambah. Perkara ini jauh berbeza jikalau dibandingkan dengan rantau Asia sepenuhnya, yang mana mempunyai lebih kurang hanya 21.0% sahaja pengguna tablet Android, dan diseluruh dunia, pegangan tablet Android adalah sekitar 13% berbanding iPad yang memegang majoriti pasaran dengan sekitar 85.7%.

Data ini dikumpulkan oleh Pingdom berasaskan kepada StatCounter sepanjang bulan Julai 2012 yang lepas. Namun, angka ini mungkin akan berubah menjelang penghujung tahun ini, apabila lebih banyak tablet menggunakan platform Windows 8 akan hadir ke pasaran. Disamping itu, Apple juga dikatakan akan memperkenalkan tablet bersaiz 7-inci dipanggil iPad Mini, serta Asus yang bakal mula menjual Nexus 7 di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN