Cari @ Amanz

Setelah hanya menumpukan perhatian kepada Semenanjung Malaysia, P1 yang dahulunya terkenal dengan kempen “Potong” kini turut sama memperluaskan sokongan rangkaian mereka, meliputi beberapa kawasan di Sabah.

Untuk fasa pertama, P1 dilihat memfokuskan kepada beberapa kawasan utama, termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan juga Tawau. Namun, pendaftaran hanya dibuka di Kota Kinabalu buat masa ini, dan dijangka akan diperluaskan tidak lama lagi.

Di Sabah, P1 mensasarkan untuk meliputi lebih daripada 80% kawasan di Kota Kinabalu menjelang penghujung tahun ini. Pada masa yang sama, mereka juga turut berkongsi mengatakan kini terdapat lebih daripada 400,000 orang pelanggan berdaftar dengan mereka di seluruh Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd