Aplikasi GMail Untuk iPhone Dikemaskini – Lebih Pantas Dan Kebolehan Menyimpan Gambar

Aplikasi GMail Untuk iPhone Dikemaskini – Lebih Pantas Dan Kebolehan Menyimpan Gambar

Diterbitkan pada Ogos 1, 2012 oleh .

Selepas GMail menerima sokongan membuat panggilan video (Hangout) semalam, hari ini, Google terus membawakan kemaskini kepada para pengguna GMail, dimana aplikasi GMail untuk iPhone dikemaskini dengan beberapa perkara baru padanya.

Gmail untuk iPhone versi 1.3 kini membawakan prestasi yang lebih baik, selain lebih pantas berfungsi berbanding versi sebelumnya. Pada masa yang sama, Google turut menyertakan sokongan menyimpan gambar daripada attachment terus ke Photo Library dengan mudah.

Mungkin ini hanya permulaan sahaja, memandangkan dengan pengambil-alihan Sparrow sebelum ini, lebih banyak perkara baru akan didatangkan kepada aplikasi iOS milik Google itu.

Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun GMail untuk iPhone anda, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN