Google Memperkenalkan Chrome 21 Dengan Sokongan WebRTC

Google Memperkenalkan Chrome 21 Dengan Sokongan WebRTC

Diterbitkan pada Ogos 1, 2012 oleh .

Selesai enam minggu sejak Chrome 20 diperkenalkan, hari ini Google memperkenalkan Chrome 21 kepada para pengguna Windows, Mac dan juga Linux, sekaligus menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, sekaligus menjadikan pelayar web Chrome anda semakin menarik lagi.

Chrome 21 memfokuskan kepada sokongan WebRTC, membolehkan anda berkomunikasi dalam bentuk masa-nyata melalui video dan audio pada web. Ia sekaligus menyertakan sokongan untuk menggunakan webcam pada komputer anda, tanpa memerlukan sebarang sokongan plugin tambahan untuk berfungsi.

Selain daripada itu, Chrome 21 turut sama membawakan integrasi Google Cloud Print dengan lebih mendalam, serta membawakan sokongan penggunaan gamepad yang lebih baik, serta paparan resolusi untu skrin Retina pada Mac.

Bagi para pengguna sedia ada Chrome, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, manakala untuk mereka yang ingin membuat pemasangan secara manual, boleh memuat-turun Chrome 21 daripada halaman rasmi Google Chrome hari ini.


TIPS & ULASAN