Lebih 1 Juta Pengguna Telah Mendaftar Untuk Perkhidmatan Outlook.com

Lebih 1 Juta Pengguna Telah Mendaftar Untuk Perkhidmatan Outlook.com

Diterbitkan pada Ogos 1, 2012 oleh .

Selepas beberapa jam sahaja memperkenalkan perkhidmatan emel terbaru mereka, kini, melalui akaun Twitter @Outlook, Microsoft mengumumkan yang mana angka berdaftar untuk menggunakan perkhidmatan Outlook telah pun melangkaui angka 1 juta pengguna.

Awal pagi tadi, Microsoft telah pun mengumumkan penjenamaan semula perkhidmatan emel mereka, daripada Hotmail kepada Outlook, sekaligus mengintegrasikan pelbagai sokongan sosial, dan menjadikan Outlook.com sebagai hab komunikasi para pengguna.

Pendaftaran awal oleh para pengguna ini boleh dikatakan lebih kepada mendapatkan alamat emel kegemaran mereka sebelum dimilik oleh pengguna lain. Pada masa yang sama, berkemungkinan angka itu juga turut menyertakan mereka yang sedia mempunyai Microsoft Account, dan mengaktifkan Outlook.com hari ini.

Jadi, bagi anda, adakah anda telah mendapatkan alamat emel @Outlook.com anda?


TIPS & ULASAN