Selepas diambil-alih oleh Betaworks sebelum ini, kini Digg diberikan nafas baru, dimana hari ini, pihak pembangunnya memperkenalkan Digg baru yang lebih memfokuskan kepada antaramuka menyerupai majalah, sekaligus memudahkan kandungan disampaikan kepada pembaca.
Digg baru ini menggunakan pendaftaran menggunaakn akaun Facebook, selain menggunakan pengiraan tersendiri dalam memaparkan kandungan popular pada laman tersebut.
Selain daripada versi web, dengan populariti peranti mudah-alih yang turut meningkat, Digg turut sama melancarkan aplikasi mudah-alih mereka untuk pengguna iPhone, membolehkan pelbagai kemaskini diikuti terus daripada iPhone dengan mudah. Mungkin aplikasi untuk platform lain akan diperkenalkan secara berperingkat oleh Digg tidak lama lagi.