Facebook AppCenter Dilancarkan Kepada Pengguna Malaysia

Facebook AppCenter Dilancarkan Kepada Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 1, 2012 oleh .

Umum sedia maklum yang mana Facebook AppCenter telah diperkenalkan oleh pihak Facebook sejak daripada beberapa minggu lepas, yang mana memerlukan anda memasuki halaman khas mereka secara manual. Namun, dengan pelancaran hari ini, Facebook menambah pautan akses pantas kepada AppCenter di bahagian kiri laman untuk semua pengguna tempatan.

Selain daripada pada web, para pengguna tempatan juga dapat melihat aplikasi Facebook yang sedia terpasang pada iPhone, iPad dan juga Android ditambah dengan pautan akses pantas ke AppCenter. Ini sekaligus memudahkan anda menambah aplikasi kegemaran anda padanya dengan mudah dan pantas, berbeza dengan sebelum ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan Facebook dan telah pun sedia mencuba AppCenter, jangan lupa berkongsi pendapat anda berkenaan dengannya bersama kami.


TIPS & ULASAN