Cari @ Amanz

Peranti Galaxy S3 baru sahaja dilancarkan oleh Samsung, dan mungkin perlu nantikan lebih kurang setahun lagi sebelum kemaskini untuknya diperkenalkan. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan kreativiti para perekabentuk, dimana salah seorang hadir dengan rekabentuk konsep untuk Samsung Galaxy S4.

Daripada rekabentuk konsep yang diperlihatkan, ia membawakan saiz skrin sekitar 5-inci padanya, dan perekabentuknya berharap agar kelak ia akan menyertakan Google Now dalam antaramuka S-Voice.

Mungkin dalam bulan-bulan akan datang, lebih ramai perekabentuk akan hadir dengan rekabentuk konsep mereka. Sementara itu, apakah pendapat anda mengenai rekabentuk konsep Samsung Galaxy S4 ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd