Pada awal tahun ini, Samsung telah pun memperkenalkan Samsung Galaxy Beam, yang mana membawakan sokongan projektor terbina bersama dengannya. Kini, peranti tersebut telah pun memasuki pasaran tempatan, dengan UMobile menjadi yang terawal menawarkannya.
Samsung Galaxy Beam menggunakan Android 2.3 Gingerbread padanya, dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, skrin bersaiz 4-inci, ruangan storan terbina sehingga 8GB, bateri berkapasiti 2000mAh. Untuk projektor terbina pula, ia membawakan keterangan sehingga 15 lumen @ 1W, dan resolusi nHD (640×320) padanya.
UMobile menawarkan peranti yang berharga RM1599 pada harga serendah RM909 melalui pakej yang disediakan mereka. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui sama ada ia ditawarkan secara berasingan oleh pengedar rasmi Samsung ataupun sebaliknya.