Windows 8 RTM Sedia Dimuat-Turun Pelanggan MSDN Bermula 15 Ogos

Windows 8 RTM Sedia Dimuat-Turun Pelanggan MSDN Bermula 15 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 2, 2012 oleh .

Hari ini, Microsoft secara rasminya telah pun mengumumkan yang mana pembangunan sistem operasi generasi baru mereka, iaitu Windows 8 telah pun selesai sepenuhnya, dan versi akhir, RTM (Release To Manufacturing), akan mula dihantar kepada pengeluar peranti seperti PC, tablet, komputer riba dan sebagainya bermula hari ini.

Menariknya, bersama-sama dengan pengumuman ini, Microsoft turut sama mengumumkan yang mana pengguna dan pelanggan MSDN dan juga TechNet akan boleh memuat-turun versi RTM ini bermula 15 Ogos ini.

Untuk pengguna umum, Microsoft akan melancarkannya secara rasmi pada 26 Oktober kelak, dimana pada tarikh tersebut juga, disasarkan, Microsoft bersama-sama dengan rakan kerjasama mereka akan memperkenalkan pelbagai komputer riba, tablet dan PC baru dengan Windows 8.


TIPS & ULASAN