Cari @ Amanz

Selain daripada BlackBerry 10 Dev Alpha yang sedia diedarkan oleh Research In Motion kepada para pembangun, kini dilaporkan, RIM juga bakal menawarkan peranti Dev Alpha baru kepada para pembangun, dengan beberapa ciri-ciri tambahan padanya.

Seperti versi sebelumnya, peranti yang dikenali sebagai Dev Alpha B buat masa ini, turut sama akan ditawarkan secara percuma kepada para pembangun. Daripada apa yang diketahui, ia akan membawakan beberapa kemaskini kecil pada peranti Dev Alpha, serta beberapa perubahan komponen pada peranti tersebut.

Rekabentuk akhir peranti tersebut masih tidak diketahui sama ada akan menyerupai yang asal, ataupun akan berubah. Sama-sama kita nantikan pengenalannya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd