Cari @ Amanz

Nokia nampaknya dengan fokus pada Windows Phone, kini mematikan beberapa projek. Selepas mematikan pembangunan platform Meltemi sebelum ini, kini ura-ura terbaru mengatakan Nokia mungkin akan menjual Qt tidak lama lagi.

Laporan ini kedengaran lanjutan daripada penutupan pejabat Qt di Brisbane, Australia. Bagi yang tidak kenali akan Qt, ia merupakan salah satu framework untuk antaramuka dan pembangunan aplikasi pada pelbagai platform. Sebelum ini, Nokia mengambil alih Qt pada tahun 2008, dan mengintegrasikannya pada beberapa platform, selain BlackBerry 10 turut mengumumkan sokongan untuknya.

Buat masa ini, Nokia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd