Kini, Video Lebih 4 Billion Jam Ditonton Setiap Bulan Pada YouTube

Kini, Video Lebih 4 Billion Jam Ditonton Setiap Bulan Pada YouTube

Diterbitkan pada Ogos 2, 2012 oleh .

Nampaknya, YouTube terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena video, dimana selepas mengumumkan statistik mengatakan video sepanjang lebih 3 billion jam ditonton para pengguna di YouTube setiap bulan, kini angka tersebut telah pun meningkat sebanyak 1 billion jam, menjadikannya 4 billion jam.

Perkara ini semestinya merupakan suatu angka yang besar, dan ia terus meningkat dari hari ke hari, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai laman video terkemuka didunia.

Akhir-akhir ini juga dilihat, Google melalui YouTube terus melaburkan duit dalam menambah lagi saluran video yang berkualiti, disamping memfokuskan kepada kandungan professional padanya. Selain daripada pada kandungan, YouTube juga turut sama memperluaskan perkhidmatan mereka, dengan melancarkan versi tempatan pada setiap negara, termasuk telah melancarkan versi YouTube Malaysia pada tahun ini.

Mungkin dengan perkembangan positif laman video ini, kita akan terus dapat melihat Google menjaga dan memberikan perhatian serius kepada anak emas mereka ini.


TIPS & ULASAN