Nampaknya, angka pengguna yang mengemaskini peranti mereka kepada Android 4.0 Ice Cream Sandwich mula naik dengan pantas, apabila melalui angka terkini yang dikeluarkan oleh Google, ia meningkat sekali ganda berbanding bulan lepas.
Pada masa yang sama, Android 4.1 Jelly Bean yang dilancarkan oleh Google baru-baru ini telah pun digunakan oleh lebih daripada 0.8% pengguna Android seluruh dunia, dan semestinya angka tersebut akan terus bertambah dengan Jelly Bean yang dibangunkan oleh pembangun bebas diperkenalkan untuk pelbagai jenis peranti.
Seperti bulan-bulan sebelum ini, Gingerbread masih lagi mengekalkan takhta sebagai versi Android yang paling banyak digunakan, iaitu sekitar 60.6%, dan Froyo dibelakang Ice Cream Sandwich dengan 15.5%.