Opera 12.01 Dengan Kemaskini Sekuriti Dan Kestabilan Diperkenalkan

Opera 12.01 Dengan Kemaskini Sekuriti Dan Kestabilan Diperkenalkan

Diterbitkan pada Ogos 2, 2012 oleh .

Selepas memperkenalkan pelayar web desktop, Opera 12 tidak lama sebelum ini, kini pembangunnya, Opera Software hadir dengan kemaskini sekuriti dan kestabilan pertama untuk pelayar web mereka, membolehkan pengguna sedia ada mengemaskini kepada Opera 12.01 bermula hari ini.

Pada Opera 12.01, ia lebih memfokuskan kepada kestabilan, pengurusan memori dan juga sekuriti yang dipertingkatkan. Bersama-sama dengannya juga, pihak Opera menyelesaikan masalah dengan beberapa perkhidmatan seperti Twitter, Google Maps Labs dan lain-lain.

Bagi para pengguna Opera sedia ada, anda boleh mengemaskini kepada Opera 12.01 dengan klik pada butang Opera, dan pilih Help, seterusnya Check for Updates. Bagi para pengguna yang baru pula, anda boleh memuat-turun Opera 12.01 untuk sistem operasi Windows, Linux dan Mac OS X anda hari ini.


TIPS & ULASAN