Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, FourSquare telah pun memperkenalkan FourSquare Cities, yang mana merupakan salah satu senarai lokasi menarik yang disediakan oleh komuniti, dimana dengan singgah ke semua lokasi tersebut, sebuah lencana khas diberikan. Kini, sokongan tersebut diperluaskan kepada pengguna tempatan.

Buat masa ini, ia hanya memfokuskan kepada para pengguna Lembah Klang sahaja, memerlukan para pengguna daftar masuk di sebanyak 5 lokasi menarik (daripada 68 lokasi yang disenaraikan) sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan lencana KL-Lite.

Bagi anda yang menetap di sekitar Kuala Lumpur, dan juga pengguna aktif FourSquare, anda boleh melihat senarai lokasi yang anda boleh daftar masuk untuk mendapatkan lencana KL-LIte ini. Jangan lupa berkongsi bersama kami sekiranya anda berjaya mendapatkan lencana khas ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd