RIM Bakal Melancarkan Tablet BlackBerry PlayBook 4G LTE Di Seluruh Dunia Tidak Lama Lagi

RIM Bakal Melancarkan Tablet BlackBerry PlayBook 4G LTE Di Seluruh Dunia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 3, 2012 oleh .

Setelah gambar awal BlackBerry PlayBoook 10 kelihatan, kini RIM mengambil langkah awal mengumumkan beberapa perkara baru mengenai PlayBook, mengatakan PlayBook 4G LTE bakal menyusul dan mula dijual di Kanada bermula 9 Ogos kelak. Namun tiada sebarang komen dikeluarkan berkenaan dengan tablet bersaiz 10-inci daripada mereka.

Tablet terbaru daripada RIM tersebut kelak akan turut sama dilancarkan kepada pengguna antarabangsa, namun tiada sebarang tarikh diberikan oleh RIM. Menurut RIM, tablet BlackBerry PlayBook 4G LTE ini kelak turut sama akan menyokong rangkaian HSPA+ sekiranya sesuatu negara itu tidak mempunyai rangkaian LTE.

Tablet tersebut akan menjalankan PlayBook OS 2.0, serta mengekalkan saiz 7-inci, kamera hadapan dan belakang HD, dan sokongan HDMI padanya.

Pengumuman ini juga mungkin akan mengembirakan beberapa pengguna PlayBook sebelum ini yang kecewa disebabkan tidak didatangkan dengan sokongan rangkaian tersendiri padanya. Namun, apakah ia akan mendapat sambutan para pengguna, masih kekal menjadi tanda tanya lagi.


TIPS & ULASAN