Cari @ Amanz

Dengan Facebook yang semakin menghampiri angka pengguna seramai 1 billion pengguna, semestinya ramai yang tertanya-tanya berapakah akaun palsu pada laman sosial tersebut. Kini, ia dikongsikan melalui laman CNet, yang mana seramai 83 juta akaun adalah akaun palsu.

Perkara ini, dilaporkan sendiri oleh Facebook, dimana turut mengatakan bilangan akaun palsu di negara maju seperti Amerika Syarikat dan sebagainya adalah rendah, berbanding negara membangun seperti Indonesia dan juga Turki.

Walaubagaimanapun, menurut Facebook, angka tersebut mungkin tidak begitu tepat, dan mungkin juga lebih tinggi ataupun sebaliknya. Namun, dengan kini Facebook yang benar-benar memfokuskan kepada pendapatan melalui pengiklanan, angka ini mungkin benar-benar memainkan peranan penting kepada pihak Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd