Cari @ Amanz

Nampaknya, lebih pantas daripada biasa, selepas Microsoft mengumumkan Windows 8 telah selesai dibangunkan, iaitu fasa RTM, kini kelihatan versi Windows 8 Enterprise N telah pun mula tersebar di beberapa web torrent dan forum-forum popular, membolehkan para pengguna memuat-turun dan menggunakannya.

Buat masa ini, kami tidak berpeluang mencubanya sendiri. Daripada apa yang dibincangkan, ia kelihatan yang mana fail yang tersebar adalah seperti versi sebenar, namun tidak disertakan dengan sokongan boot padanya. Pada masa yang sama, ia turut tidak didatangkan bersama-sama dengan Windows Media Player padanya.

Jikalau anda merupakan pelanggan MSDN, mungkin boleh nantikan sokongan muat-turun rasmi pada 15 Ogos kelak untuk Windows 8 RTM. Sebaliknya, Windows 8 akan dilancarkan kepada umum bersama-sama beberapa tablet dan komputer baru pada 26 Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd