Cari @ Amanz

Setelah pelbagai ura-ura, kini pihak Samsung dilihat mengesahkan yang mana peranti pintar mereka yang terbaru dan dinantikan ramai, Galaxy Note 2, bakal diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini, pada acara IFA 2012.

Buat masa ini, spesifikasi rasmi mengenainya masih tidak diketahui lagi. Namun, beberapa ura-ura dan laporan awal mengatakan ia akan bersaiz sekitar 5.5-inci, serta membawakan beberapa ciri-ciri baru bersama-sama dengannya. Ia juga dikatakan akan membawakan cip pemprosesan yang lebih pantas serta kamera dengan kualiti lebih baik. Berkaitan sistem operasi, ia masih tidak diketahui akan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich ataupun Android 4.1 Jelly Bean.

Sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Samsung berkenaan dengan Galaxy Note 2 ini pada penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd