Yahoo! Mail Dikemaskini Dengan Sokongan Tab Calendar

Yahoo! Mail Dikemaskini Dengan Sokongan Tab Calendar

Diterbitkan pada Ogos 3, 2012 oleh .

Selain daripada Microsoft yang memperkenalkan kemaskini untuk perkhidmatan emel mereka, nampaknya Yahoo! turut sama tidak ingin ketinggalan, dengan membawakan sokongan tab khas untuk Yahoo! Calendar terus didalam Yahoo! Mail.

Dengan perkara ini, ia tidak lagi memerlukan para pengguna meninggalkan Yahoo! Mail untuk mengakses Yahoo! Calendar seperti sebelumnya, sebaliknya boleh menyemak terus didalam Yahoo! Mail dengan mudah dan pantas. Pada masa yang sama, anda juga turut boleh menghantar jemputan ke acara-acara yang disediakan anda, serta menghantar RSVP terus daripadanya dengan pantas, tanpa membuatkan penganjur tertunggu-tunggu dan sebagainya.

Mungkin kini dengan dibawah tampuk CEO baru, kita akan dapat melihat lebih banyak perkembangan positif pada produk-produk milik Yahoo!. Sementara itu, bagi anda yang masih aktif menggunakan Yahoo! Mail, boleh mencuba sendiri sokongan tab Yahoo! Calendar, dan berikan maklumbalas anda mengenainya.


TIPS & ULASAN