Setelah beberapa gambar yang diperkatakan sebagai iPhone generasi baru dipertontonkan sebelum ini, kini beberapa gambar baru turut kelihatan di arena web, yang mana membawakan rekabentuk lebih kurang sama dengan apa yang diperlihatkan sebelum ini.
Daripada apa yang diperlihatkan, ia membawakan unibody yang direkabentuk semula yang lebih panjang dan besar berbanding sebelumnya. Bahagian dock baru juga turut sama kelihatan pada bahagian bawah, dengan slot untuk headphone jack bersebelahan dengannya, sama seperti pada iPod daripada Apple.
Dengan lebih banyak gambar-gambar baru yang kelihatan seperti ini, adakah ia adalah rekabentuk akhir untuk produk iPhone generasi baru? Sama-sama kita nantikan pengumuman Apple pada bulan September kelak.